Haleluya & salam damai sejahtera semua.
Pada 6 Julai yang lalu, rombongan lawatan gereja Donggongon telah mengadakan lawatan melawat gereja di kawasan Kota Belud. TJC Guong merupakan destinasi yang kedua selepas melawat TJC Kota Belud (click untuk membaca). Rombongan lawatan selamat tiba di TJC Guong pada jam 11.45 pagi.
TJC Guong
Kami disambut dengan penuh kasih dan mesra oleh jemaat gereja Guong dan bersalaman dengan setiap mereka.
Setibanya kami di situ, Dn Andrew Wong memimpin semua untuk berdoa. Selepas berdoa, penguasa gereja Guong, Dn Maleakhi Tarintim memaklumkan bahawa makanan tengah hari sudah disediakan dan selepas makan tengah hari akan menjalankan aktiviti persahabatan pada jam 1.00 petang.
semua kelihatan gembira
Bangunan Grace Garden
Bangunan Grace Garden yang terletak di belakang bangunan gereja Guong mula dibina pada tahun 2 Januari 2011 dan pembinaannya siap pada 31 Mei 2015 dan seterusnya ditahbis pada 26 September 2015. Bangunan ini mempunyai asrama, bilik pendeta, dapur serta dewan makan.
Dewan makan yang terletak di tingkat paling bawah
Pihak gereja Guong telah menyediakan makanan tengah hari yang begitu banyak dan sedap sekali.
saat menjamu makanan
Jagung
Pihak gereja Guong juga begitu berbesar hati kepada rombongan lawatan dengan memberikan setiap keluarga sebungkus beras kampung, iaitu hasil tanaman mereka sendiri.
Beras kampung, terima kasih :)
Gereja Guong yang lama yang terletak di sebelah bangunan gereja kini
Pada jam 1.00 petang, semua ahli rombongan dan jemaat gereja Guong berkumpul semula di dalam aula gereja untuk aktiviti persahabatan.
Aturcara persahabatan
Kanak-kanak gereja Guong
Aktiviti persahabatan dimulakan dengan nyanyian kidung dan doa yang dipimpin oleh Dn Maleakhi Tarintim. Selepas itu, Dn Maleakhi memberikan ucapan dan memberitahu sejarah gereja Guong.
Sejarah gereja Guong tidaklah begitu lama sekali. Gereja Guong ditubuhkan pada tahun 1985 dan kini telah berusia 31 tahun. Jumlah pemercaya adalah 129 orang yang terdiri daripada 25 buah keluarga. Bilangan jemaat yang berkebaktian pada setiap hari Sabat adalah sekitar 60 hingga 70 orang.
Selepas ucapan oleh penguasa gereja Guong, Dn Andrew Wong selaku ketua rombongan lawatan yang juga merupakan penguasa gereja Donggongon memberikan ucapan beliau.
Aktiviti persahabatan diteruskan dengan persembahan koir. Koir kanak-kanak telah menyanyikan 2 buah lagu beraksi.
Selepas itu, koir yang terdiri daripada semua jemaat gereja Guong
Koir ketiga merupakan persembahan kidung daripada ahli rombongan lawatan.
Tibalah saat untuk bernyanyi beramai-ramai "sing along". Lagu yang disediakan ialah "Jalan serta Yesus", sebuah lagu kanak-kanak beraksi.
Koir kanak-kanak telah dan Dn Maleakhi telah menyanyikan lagu serta membuat aksi sekali dahulu untuk didengarkan kepada semua yang lain. Selepas itu, semua jemaat bernyanyi bersama-sama.
Masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Tiba sesi bertukar cenderahati antara 2 buah gereja.
Pemberian cenderahati daripada Gereja Guong
Pemberian cenderahati daripada Gereja Donggongon
Sebelum pulang, semua ahli rombongan lawatan dan jemaat gereja Guong telah mengambil gambar kumpulan bersama sebagai kenangan. Sehingga kita berjumpa lagi!
Nantikan post seterusnya rombongan lawatan melawat ke
Lapang Sasar, khemah doa Bambangan dan gereja Gentuong.
.. Kasih Karunia Demi Kasih Karunia..
No comments:
Post a Comment