Thursday, July 7, 2016

Rombongan Lawatan Gereja Donggongon ke TJC Kota Belud


Haleluya & Salam damai sejahtera semua !!

Pada 6 Julai 2016 yang lalu, gereja Donggongon telah mengadakan satu rombongan lawatan untuk melawat 4 buah gereja di kawasan Kota Belud (subzon Kudat) iaitu gereja Kota Belud, Guong, Gentuong dan khemah doa Bambangan. Seawal jam 7.30 pagi, semua saudara-saudari yang menyertai lawatan telah berkumpul di gereja Donggongon.  

muka-muka ceria di pagi hari

para saudara yang mengikuti lawatan

Sebelum bertolak ke destinasi, Dn Andrew Wong selaku ketua rombongan memberitahu tentang aturcara perjalanan untuk hari tersebut dan mengatur kenderaan. Setelah semua selesai diatur, kami berdoa agar perjalanan kami dilindungi. 


Sebelum bertolak, kami mengambil gambar kumpulan untuk kenangan bersama. Rombongan lawatan kali ini disertai oleh seramai 32 orang yang terdiri daripada jemaat Donggongon, Penampang, Kolombong dan juga England. 

Pada jam 8.45 pagi kami bertolak ke destinasi kami yang pertama iaitu gereja Kota Belud. Perjalanan kami mengambil masa 2 jam dan kami tiba di gereja Kota Belud pada jam 10.00 pagi. 
TJC Kota Belud


Aula gereja Kota Belud

Setibanya kami di situ, Dn Andrew Wong selaku ketua rombongan memberikan sedikit ucapan memperkenalkan gereja Kota Belud. 


Selepas itu, Dn. Clement Chong selaku penguasa gereja Kota Belud menyampai ucapan dan saksian bagaimana menubuhkan gereja Kota Belud dan juga sejarah kerja penginjilan yang awal bermula pada tahun 1983 di sekitar kawasan Kota Belud seperti Guong, Gentuong, Penampatan dan banyak lagi Hasil penginjilan beliau telah tertubuhnya 10 buah gereja dan khemah doa. 

Sesi pemberian cenderahati kenangan

Melihat mimbar yang dihasilkan oleh Dn Clement Chong

Seterusnya kami bergerak ke dewan makan untuk jamuan ringan yang disediakan oleh pihak gereja Kota Belud. 
5 kilo mee goreng!


Gereja Kota Belud sememangnya terkenal dengan hiasan dan pelbagai hasil kraftangan yang dihasilkan oleh Dn Clement Chong sendiri. Beliau menggunakan sumber alam semula jadi seperti batu, kayu, papan dan besi untuk menghasilkan perhiasan dan perkakas yang indah dan unik. 

Perhiasan ikan-ikan yang diperbuat dari batu dan kayu

Kereta hiasan yang diubahsuai dari batu

Kasut besar diperbuat dari kayu yang berfungsi sebagai radio



Di luar gereja, terdapat sebuah taman yang kita dapat melihat pelbagai hasil kraftangan Dn Clement Chong. 




Jom bertolak ke destinasi seterusnya, Gereja Guong :)

Nantikan gambar di Gereja Guong di post seterusnya..

Rombongan Lawatan Gereja Donggongon ke TJC Guong

.. Kasih Karunia Demi Kasih Karunia..

No comments:

Post a Comment