Friday, July 8, 2016

Rombongan Lawatan Gereja Donggongon ke TJC Guong

Haleluya & salam damai sejahtera semua. 

Pada 6 Julai yang lalu, rombongan lawatan gereja Donggongon telah mengadakan lawatan melawat gereja di kawasan Kota Belud. TJC Guong merupakan destinasi yang kedua selepas melawat TJC Kota Belud (click untuk membaca). Rombongan lawatan selamat tiba di TJC Guong pada jam 11.45 pagi.


TJC Guong

Kami disambut dengan penuh kasih dan mesra oleh jemaat gereja Guong dan bersalaman dengan setiap mereka. 




Setibanya kami di situ, Dn Andrew Wong memimpin semua untuk berdoa. Selepas berdoa, penguasa gereja Guong, Dn Maleakhi Tarintim memaklumkan bahawa makanan tengah hari sudah disediakan dan selepas makan tengah hari akan menjalankan aktiviti persahabatan pada jam 1.00 petang. 


semua kelihatan gembira


Bangunan Grace Garden

Bangunan Grace Garden yang terletak di belakang bangunan gereja Guong mula dibina pada tahun 2 Januari 2011 dan pembinaannya siap pada 31 Mei 2015 dan seterusnya ditahbis pada 26 September 2015. Bangunan ini mempunyai asrama, bilik pendeta, dapur serta dewan makan. 



Dewan makan yang terletak di tingkat paling bawah

Pihak gereja Guong telah menyediakan makanan tengah hari yang begitu banyak dan sedap sekali.   



saat menjamu makanan


Jagung

Pihak gereja Guong juga begitu berbesar hati kepada rombongan lawatan dengan memberikan setiap keluarga sebungkus beras kampung, iaitu hasil tanaman mereka sendiri. 

Beras kampung, terima kasih :)


Gereja Guong yang lama yang terletak di sebelah bangunan gereja kini

Pada jam 1.00 petang, semua ahli rombongan dan jemaat gereja Guong berkumpul semula di dalam aula gereja untuk aktiviti persahabatan.

Aturcara persahabatan


Kanak-kanak gereja Guong

Aktiviti persahabatan dimulakan dengan nyanyian kidung dan doa yang dipimpin oleh Dn Maleakhi Tarintim. Selepas itu, Dn Maleakhi memberikan ucapan dan memberitahu sejarah gereja Guong. 





Sejarah gereja Guong tidaklah begitu lama sekali. Gereja Guong ditubuhkan pada tahun 1985 dan kini telah berusia 31 tahun. Jumlah pemercaya adalah 129 orang yang terdiri daripada 25 buah keluarga. Bilangan jemaat yang berkebaktian pada setiap hari Sabat adalah sekitar 60 hingga 70 orang. 



Selepas ucapan oleh penguasa gereja Guong, Dn Andrew Wong selaku ketua rombongan lawatan yang juga merupakan penguasa gereja Donggongon  memberikan ucapan beliau. 


Aktiviti persahabatan diteruskan dengan persembahan koir. Koir kanak-kanak telah menyanyikan 2 buah lagu beraksi. 


Selepas itu, koir yang terdiri daripada semua jemaat gereja Guong




Koir ketiga merupakan persembahan kidung daripada ahli rombongan lawatan. 


Tibalah saat untuk bernyanyi beramai-ramai "sing along". Lagu yang disediakan ialah "Jalan serta Yesus", sebuah lagu kanak-kanak beraksi.


Koir kanak-kanak telah dan Dn Maleakhi telah menyanyikan lagu serta membuat aksi sekali dahulu untuk didengarkan kepada semua yang lain. Selepas itu, semua jemaat bernyanyi bersama-sama. 






Masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Tiba sesi bertukar cenderahati antara 2 buah gereja. 

Pemberian cenderahati daripada Gereja Guong 


Pemberian cenderahati daripada Gereja Donggongon

Sebelum pulang, semua ahli rombongan lawatan dan jemaat gereja Guong telah mengambil gambar kumpulan bersama sebagai kenangan. Sehingga kita berjumpa lagi!


Nantikan post seterusnya rombongan lawatan melawat ke
Lapang Sasar, khemah doa Bambangan dan gereja Gentuong.

.. Kasih Karunia Demi Kasih Karunia..

Thursday, July 7, 2016

Rombongan Lawatan Gereja Donggongon ke TJC Kota Belud


Haleluya & Salam damai sejahtera semua !!

Pada 6 Julai 2016 yang lalu, gereja Donggongon telah mengadakan satu rombongan lawatan untuk melawat 4 buah gereja di kawasan Kota Belud (subzon Kudat) iaitu gereja Kota Belud, Guong, Gentuong dan khemah doa Bambangan. Seawal jam 7.30 pagi, semua saudara-saudari yang menyertai lawatan telah berkumpul di gereja Donggongon.  

muka-muka ceria di pagi hari

para saudara yang mengikuti lawatan

Sebelum bertolak ke destinasi, Dn Andrew Wong selaku ketua rombongan memberitahu tentang aturcara perjalanan untuk hari tersebut dan mengatur kenderaan. Setelah semua selesai diatur, kami berdoa agar perjalanan kami dilindungi. 


Sebelum bertolak, kami mengambil gambar kumpulan untuk kenangan bersama. Rombongan lawatan kali ini disertai oleh seramai 32 orang yang terdiri daripada jemaat Donggongon, Penampang, Kolombong dan juga England. 

Pada jam 8.45 pagi kami bertolak ke destinasi kami yang pertama iaitu gereja Kota Belud. Perjalanan kami mengambil masa 2 jam dan kami tiba di gereja Kota Belud pada jam 10.00 pagi. 
TJC Kota Belud


Aula gereja Kota Belud

Setibanya kami di situ, Dn Andrew Wong selaku ketua rombongan memberikan sedikit ucapan memperkenalkan gereja Kota Belud. 


Selepas itu, Dn. Clement Chong selaku penguasa gereja Kota Belud menyampai ucapan dan saksian bagaimana menubuhkan gereja Kota Belud dan juga sejarah kerja penginjilan yang awal bermula pada tahun 1983 di sekitar kawasan Kota Belud seperti Guong, Gentuong, Penampatan dan banyak lagi Hasil penginjilan beliau telah tertubuhnya 10 buah gereja dan khemah doa. 

Sesi pemberian cenderahati kenangan

Melihat mimbar yang dihasilkan oleh Dn Clement Chong

Seterusnya kami bergerak ke dewan makan untuk jamuan ringan yang disediakan oleh pihak gereja Kota Belud. 
5 kilo mee goreng!


Gereja Kota Belud sememangnya terkenal dengan hiasan dan pelbagai hasil kraftangan yang dihasilkan oleh Dn Clement Chong sendiri. Beliau menggunakan sumber alam semula jadi seperti batu, kayu, papan dan besi untuk menghasilkan perhiasan dan perkakas yang indah dan unik. 

Perhiasan ikan-ikan yang diperbuat dari batu dan kayu

Kereta hiasan yang diubahsuai dari batu

Kasut besar diperbuat dari kayu yang berfungsi sebagai radio



Di luar gereja, terdapat sebuah taman yang kita dapat melihat pelbagai hasil kraftangan Dn Clement Chong. 




Jom bertolak ke destinasi seterusnya, Gereja Guong :)

Nantikan gambar di Gereja Guong di post seterusnya..

Rombongan Lawatan Gereja Donggongon ke TJC Guong

.. Kasih Karunia Demi Kasih Karunia..