Tuesday, June 1, 2010

Lawatan Sambil Belajar

Haleluya!

Program : Lawatan sambil belajar ke Koir Imanuel
Tarikh : 25 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 8.15 pm - 9.00 pm
Tempat : Gereja Kota Kinabalu, Sabah

Seramai 13 orang ahli Koir Donggongon telah menghadiri lawatan sambil belajar ke Koir Imanuel. Dalam sesi lawatan itu, telah didedahkan dan mempelajari serba sedikit mengenai cara pernafasan yang betul semasa menyanyi, vokal dan juga telah berlatih 2 buah lagu bersama dengan ahli-ahli Koir Imanuel..

..renungan gambar..


Dn. David Chong merupakan ketua & konduktor Koir Imanuel


Pn. Dn. David Chong sedang mengajar cara pernafasan yang betul


Ahli-ahli Koir Imanuel & Kor Donggongon



. . Imanuel . .

Saturday, May 15, 2010

MESYUARAT KOIR DONGGONGON KALI PERTAMA 2010

Haleluya..

Mesyuarat Koir Donggongon yang Pertama 2010 telah diadakan pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu)
Masa : 3.50 pm hingga 5.00 pm
Tempat : Gereja Donggongon

Kehadiran : -
4 orang saudara
12 orang saudari
1 orang diakon (Dn. Andrew Wong)

Agenda-agenda yang telah dibincangkan :-

1. Nama kumpulan koir : Koir Donggongon

2. Laporan kewangan

3. Kehadiran ahli dalam latihan koir
Bilangan ahli koir aktif : 4 orang saudara & 15 orang saudari

4. Penetapan waktu latihan koir : 3.30pm - 5.00pm (Sabtu)

5. Hal-hal lain & cadangan :-
a) T-shirt & uniform koir
b) Perkongsian ayat Alkitab
c) Persembahan mini koir & alat muzik
d) Seminar vokal
e) Lawatan sambil belajar (25 Mei 2010)


. . renungan gambar . .